
If you see the eye.. :,(

that sleeping girl is nurin’s older sister

Wan Azizah ziarah keluarga Nurin
KUALA LUMPUR, 23 September – Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Ismail menggesa agar Ketua Polis Negara tidak sewenang-wenangnya mendakwa pihak keluarga Nurin Jazlin Jazimin diatas kehilanganya, sebaliknya mereka sepatutnya mengunakan kuasa dan kepentingan polis untuk mencari dan mendakwa penjenayah kejam yang menyeksa dan membunuh Nurin Jazlin.
“Kita mahukan pihak berkuasa menangkap pembunuh dan jangan berikan tekanan bahawa ibu bapa Nurin Jazlin bersalah, mereka telah menghadapi tekanan emosi dan fizikal, jangan berikan mereka tekanan, pihak polis sepatutnya berusaha menangkap penjenayah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menziarah keluarga mangsa pembunuhan kejam kanak-kanak bernama Nurin Jazlin yang hilang di Wangsa Maju selama 30 minit pada hari ini, yang turut disertai oleh Ketua KeADILan Wangsa Maju, Zakir Yusoff.
dsc03848.JPGKetika mengunjungi keluarga Nurin Jazlin, Wan Azizah turut melahirkan rasa kesedihan yang menimpa keluarga Nurin Jazlin, beliau turut dilihat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada ibu bapa Nurin Jazlin.
Beliau turut menyampaikan buah tangan dan sumbangan kepada Ibu Bapa Nurin Jazlin.
Pada 20 Ogos lepas, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak telah dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya.
Setelah usaha mencarinya tidak mendatangkan sebarang hasil selama sebulan, pada 17 September lalu, mayat seorang kanak-kanak yang disumbat di dalam sebuah beg sukan ditemui di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya.
Pada mulanya Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil dan Ibunya Norazian Bistaman telah menafikan mayat kanak-kanak itu Nurin Jazlin yang rambutnya telah dipotong pendek, tubuhnya kurus kering dan mengalami kecederaan akibat deraan seksual. Empat hari selepas itu ujian DNA yang dijalankan mengesahkan mayat itu ialah Nurin Jazlin.
Walaubagaimanapun pada 21 September lepas, Jazimin telah menuntut mayat Nurin Jazlin di Hospital Besar Kuala Lumpur dan kemudianya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak selepas disembahyangkan di Madrasah As Sa’Adah selepas solat jumaat. Beribu umat Islam termasuk orang kenamaan telah mengiringi jenazah Nurin Jazlin yang telah menjadi mangsa keganasan yang melampau yang dipercayai dilakukan oleh pelaku yang masih bebas.