
Arkib bagi Politik
Protes di Suhakam
Thats my Bday today, early morning akuh kena bangun!
. Kena lari ke Suhakam. Erk, aku ingat aku paling awal. Duduk ler kat bawah Suhakam tu dekat 20 minit. But aku nampak photographer lain datang den dorang x lepak ngan aku. At the end, aku pk, aku patut lari keatas, rupanya penuh dah wartawan and photographer yang datang seawal pagi.
Malangnya, para jurugambar, wartawan tidak dibenarkan masuk untuk melihat kelibat 3 orang panel bebas terbabit yang sedang bermesyuarat. Pintu bilik mesyuarat yang membincangkan isu kehakiman negara ini ditutup. Jadi, wartawan memenuhi ruang hadapan pejabat tersebut untuk menunggu mesyuarat itu habis.
Sebelum keluar tugas, aku dapat tahu terdapat bantahan yang akan dibuat oleh KeADILan, but aku tak tahu cara macam mana mereka hantar memo.
Dalam 10.30 maybe, ahli, pemimpin dan aktivis KeADILan dan NGO menyerbu pejabat Suhakam. Erk.. Agak terkejut la. So tak boring sket, ada gak keje..
He





malas nak tulih lagi.
Baca je dari Malaysiakini
Sim disiasat

Serius.. Sim.. Belakang kiri, William Leong.
Selepas Naib Presiden KeADILan, R Sivarasah tampil untuk membantu siasatan di Ibu Pejabat BPR di Putrajaya 27 September lalu, kini giliran Sim pula melangkah ke pejabat berkenaan untuk membantu siasatan berkenaan video Lingam.
Berkemungkinan BPR akan menyoal Anwar Ibrahim pada jumaat ini.
Erk, tunggu sampai 3 jam. sangat bosan!!!!
Presiden KeADILan hantar memo ke Istana




Presiden KeADILan menyerahkan memorandum kepada DYMM YDP Agong untuk meminta supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat klip video yang menunjukkan peguam kanan, Datuk VK Lingam berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, di Istana Negara 28 Februari lalu.
Berita lanjut:
Dr Wan Azizah


Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail di Sidang Media mengenai kontroversi video klip mengenai klip video yang menunjukkan peguam kanan, Datuk VK Lingam berbual melalui telefon, di Ibu Pejabat Parti itu di Brickfields, Kuala Lumpur pada 20 September lalu.