Protes di Suhakam

 Thats my Bday today, early morning akuh kena bangun! :( . Kena lari ke Suhakam. Erk, aku ingat aku paling awal. Duduk ler kat bawah Suhakam tu dekat 20 minit. But aku nampak photographer lain datang den dorang x lepak ngan aku. At the end, aku pk, aku patut lari keatas, rupanya penuh dah wartawan and photographer yang datang seawal pagi.

Malangnya, para jurugambar, wartawan tidak dibenarkan masuk untuk melihat kelibat 3 orang panel bebas terbabit yang sedang bermesyuarat. Pintu bilik mesyuarat yang membincangkan isu kehakiman negara ini ditutup.  Jadi, wartawan memenuhi ruang hadapan pejabat tersebut untuk menunggu mesyuarat itu habis.

Sebelum keluar tugas, aku dapat tahu terdapat bantahan yang akan dibuat oleh KeADILan, but aku tak tahu cara macam mana mereka hantar memo.

Dalam 10.30 maybe, ahli, pemimpin dan aktivis KeADILan dan NGO menyerbu pejabat Suhakam. Erk.. Agak terkejut la. So tak boring sket, ada gak keje..

He

malas nak tulih lagi.

Baca je dari Malaysiakini

Pita Lingam: Protes di mesyuarat sulung panel bebas
Oct 3, 07 12:36pm Adjust font size:

Panel tiga anggota yang ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan klip video peguam Datuk VK Lingam mengadakan mesyuarat sulungnya di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mesyuarat panel yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor itu bermula kira-kira jam 9.45 pagi. Dua lagi anggotanya ialah Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.

Pada kira-kira jam 10.20 pagi, kira-kira 30 orang dari kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ‘Jawatankuasa Pemandu untuk Membebaskan Badan Kehakiman’ tiba di pejabat Suhakam.

Kumpulan itu mahu menyerahkan satu memorandum, menuntut supaya panel tersebut menghentikan mesyuaratnya, kerana bidangkuasanya yang terhad dan tidak puashati dengan keanggotaannya.

Mereka mengadakan rundingan dengan pegawai Suhakam dan memanggil Haidar untuk keluar menerima memorandum tersebut.

Kira-kira satu jam kemudiannya, Haidar bersetuju untuk membenarkan seorang wakil kumpulan tersebut masuk ke bilik mesyuarat untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak setuju, dan sebaliknya menuntut supaya lebih ramai wakil mereka dibenarkan masuk.

Ketika kumpulan tersebut sedang berunding dengan pegawai Suhakam - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Timbalan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Abu Kasim Mohamad – tiba di situ.

Bagaimanapaun, mereka tidak dapat masuk ke bilik mesyuarat kerana kehadiran kumpulan berkenaan, dan dibawa masuk ke bilik lain.

Pada jam 10.50 pagi, Gani mencelah masuk ke bilik mesyuarat, melalui kumpulan tersebut, yang melaungkan ‘Tidak mahu panel bebas, kami mahu suruhanjaya diraja’.

Kira-kira 20 kemudiannya, Ketua Pengarah ACA, Datuk Ahmad Said Hamdan tiba di pejabat Suhakam yang sesak dengan para pemberita dan jurugambar.

Tinggalkan Komen