Arkib bagi Oktober, 2007

syafiqsunny.com

ss1kecik.jpg

Finally i get a syafiqsunny.com.

 

but masih tengah dalam pembinaan

Tinggalkan Komen

Rumah Terbuka Anwar

Woa, RM13 from Klsentral to Segambut Dalam. Hehehe.. Misi yang sepatutnya aku tiba pada jam 8 pagi telah menemui kegagalan apabila aku tiba ke rumah Anwar pada jam 2 petang. Woa, kesilapan teknikal dan kelewatan tiba.

Pada sebelah pagi, aku diberitahu mengenai kedatangan beberapa duta dan orang-orang kuat kerajaan ke sini, haduh menyesalnya….

But sebelah petangnya aku sebelah petang aku sempat menemui beberapa idola. Antaranya Tan Sri Abdullah Ahmad, Datuk A Kadir Jasin serta beberapa orang yang masih aku cuba ingat namanya sehingga kini.

Dato dan datin amat keletihan, diangarkan 20 Ribu tetamu pergi ke kediaman mereka.

yang sebelah kiri adalah Din Merican, yang terkenal dengan sikap ramahnya. :) ) :) ).

Amat malang bagi aku, ketika tangkap tangkap gambar aku gedebuk. Tinggi plak tu. Lebih kurang 150 Meter. :( (

Pendarahan serius! Tapi sebab kaver macho, wa tetap teruskan tugas.

Ha…

The 2.5 Million man pun datang.

hahaha

Tinggalkan Komen

Yay! Hari Raya

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thats My Mom, at Eidulfitri Last Year

.Selamat Hari Raya.

Semoga hari raya ini kita akan jadikan ianya sesuatu yang bermakna bersama keluarga & rakan-rakan!

Maaf Zahir Batin

Ikhlas,

Syafiq Sunny

And Lynn Fauzi!

 

Melynn:Im so sad, kenot going to Singapore coz i x dapat cuti lama.. Wuwuwuw.. Take Care sayang!

Komentar (1)

Thats My Libra Girl Bday!

Erk, now giliran dia lak. Wuwuwuw setelah sebok berkerja aku curik masa lari ke kedai cake dan merangkak ke Subang. Hehehehe..

Im so sad, bcoze next week she’s leaving to Singapore for a week. Wuwuwu.. X da sapa nak manja-manjakan i..

But time to flirting! Yay!

hahaha.. jokes. Love u sayang!!!

dsc04979.JPG

Tinggalkan Komen

Sibuk.

 Satu hari semalam akuh berada diluar. Woo.. sangat letih. Pagi di Masjid Jamek, Kl then kena g rumah Dato Seri then malam ke KLCC. :(

So, ini gambar yang best aku rasa. heh.. gambar lain will upload later.

dsc05142.JPG

Tinggalkan Komen

Din Merican sertai KeADILan

Tinggalkan Komen

Protes di Suhakam

 Thats my Bday today, early morning akuh kena bangun! :( . Kena lari ke Suhakam. Erk, aku ingat aku paling awal. Duduk ler kat bawah Suhakam tu dekat 20 minit. But aku nampak photographer lain datang den dorang x lepak ngan aku. At the end, aku pk, aku patut lari keatas, rupanya penuh dah wartawan and photographer yang datang seawal pagi.

Malangnya, para jurugambar, wartawan tidak dibenarkan masuk untuk melihat kelibat 3 orang panel bebas terbabit yang sedang bermesyuarat. Pintu bilik mesyuarat yang membincangkan isu kehakiman negara ini ditutup.  Jadi, wartawan memenuhi ruang hadapan pejabat tersebut untuk menunggu mesyuarat itu habis.

Sebelum keluar tugas, aku dapat tahu terdapat bantahan yang akan dibuat oleh KeADILan, but aku tak tahu cara macam mana mereka hantar memo.

Dalam 10.30 maybe, ahli, pemimpin dan aktivis KeADILan dan NGO menyerbu pejabat Suhakam. Erk.. Agak terkejut la. So tak boring sket, ada gak keje..

He

malas nak tulih lagi.

Baca je dari Malaysiakini

Pita Lingam: Protes di mesyuarat sulung panel bebas
Oct 3, 07 12:36pm Adjust font size:

Panel tiga anggota yang ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan klip video peguam Datuk VK Lingam mengadakan mesyuarat sulungnya di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mesyuarat panel yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor itu bermula kira-kira jam 9.45 pagi. Dua lagi anggotanya ialah Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.

Pada kira-kira jam 10.20 pagi, kira-kira 30 orang dari kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ‘Jawatankuasa Pemandu untuk Membebaskan Badan Kehakiman’ tiba di pejabat Suhakam.

Kumpulan itu mahu menyerahkan satu memorandum, menuntut supaya panel tersebut menghentikan mesyuaratnya, kerana bidangkuasanya yang terhad dan tidak puashati dengan keanggotaannya.

Mereka mengadakan rundingan dengan pegawai Suhakam dan memanggil Haidar untuk keluar menerima memorandum tersebut.

Kira-kira satu jam kemudiannya, Haidar bersetuju untuk membenarkan seorang wakil kumpulan tersebut masuk ke bilik mesyuarat untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak setuju, dan sebaliknya menuntut supaya lebih ramai wakil mereka dibenarkan masuk.

Ketika kumpulan tersebut sedang berunding dengan pegawai Suhakam - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Timbalan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Abu Kasim Mohamad – tiba di situ.

Bagaimanapaun, mereka tidak dapat masuk ke bilik mesyuarat kerana kehadiran kumpulan berkenaan, dan dibawa masuk ke bilik lain.

Pada jam 10.50 pagi, Gani mencelah masuk ke bilik mesyuarat, melalui kumpulan tersebut, yang melaungkan ‘Tidak mahu panel bebas, kami mahu suruhanjaya diraja’.

Kira-kira 20 kemudiannya, Ketua Pengarah ACA, Datuk Ahmad Said Hamdan tiba di pejabat Suhakam yang sesak dengan para pemberita dan jurugambar.

Tinggalkan Komen

3 Okt ini

i’m a husband

My Bday!!!!

Thanks to the surprise!

Sayang, Kie and epul.

Komentar (1)

Sim disiasat

Sim Tze Tzin

Serius.. Sim.. Belakang kiri, William Leong.

Selepas Naib Presiden KeADILan, R Sivarasah tampil untuk membantu siasatan di Ibu Pejabat BPR di Putrajaya 27 September lalu, kini giliran  Sim pula melangkah ke pejabat berkenaan untuk membantu siasatan berkenaan video Lingam.

Berkemungkinan BPR akan menyoal Anwar Ibrahim pada jumaat ini.

Erk, tunggu sampai 3 jam. sangat bosan!!!!

Tinggalkan Komen

Ramadan Al Mubarak

3 Gambar diatas bukan di Karachi Pakistan, sebaliknya ianya di Masjid India, Kuala Lumpur. Serupa di Kampung Baru disini bubur lambunya juga enak, cuma yang beza masyarakat melayu kurang beratur disini. Terkejut juga apabila disini anda boleh ambil berapa banyak anda mahu bubur tersebut, asalkan bawa bekas sendiri.

Lain-lain pic sume di Bazar Ramadhan Jalan TAR!Erk, sangat ramai, susah nak berjalan. Nasib baik aku tidak membeli belah!

Erk jam menunjukan hampir jam 11, namun Jalan TAR tetap padat. Mungkin mereka harapkan peniaga membuka perniagaan 24 jam. heheh

Tinggalkan Komen

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »