



28 September: Diantara rakyat Myanmar yang membantah keganasan pihak tentera terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi di negara itu di Jalan Ampang dan berarak sejauh setengah kilometer ke bangunan kedutaaan Myanmar yang terletak di Jalan Ru.
Kelihatan seorang rakyat negara tersebut memegang potret pejuang Myanmar Aung San Suu Kyi.
Jumlah diangarkan 3000 orang.
Erk, kamera x da bateri.
but i borrow Ginnie camera. Hope I bley upload later.
From KLpos:
DETIK PERGOLAKAN SEJARAH MYANMAR
MAC 1962: Ketua Tentera, Jeneral Ne Win, merampas kuasa dan menyingkirkan Perdana Menteri, U Nu.
Mac 1988: Para pelajar menentang polis rusuhan dan ini menandakan bermulanya pemberontakan rakyat bagi menegakkan demokrasi.
Julai-Ogos 1988: Pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi, melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan selepas keretanya ditahan di Yangon.
18 September 1988: Jeneral Saw Maung mengguling parti pemerintah, Parti Program Sosialis Burma (BSPP), dan melaksanakan Undang-Undang Negara dan Majlis Arahan Pemulihan (SLORC). Lebih 3,000 orang terbunuh.
Jun 1989: Pemerintah junta menukar nama Burma menjadi Myanmar dan nama ibu kotanya daripada Rangoon kepada Yangon.
Julai 1989: Suu Kyi dan timbalannya, Tin Oo, diletakkan di bawah tahanan dalam rumah.
Mei 1990: Tentera junta menjalankan pilihan raya umum. NLD menang besar tetapi pihak tentera enggan menyerahkan kuasa.
Oktober 1991: Suu Kyi diberikan Anugerah Keamanan Nobel.
Julai 1995: Suu Kyi dibebaskan daripada tahanan dalam rumah.
Januari 1997: 14 orang termasuk lima ahli parti NLD dipenjara tujuh tahun kerana terlibat dalam demokrasi pelajar pada Disember 1996.
September 2000: Suu Kyi diletakkan lagi di bawah tahanan dalam rumah kerana cuba meninggalkan Yangon bagi menghadiri mesyuarat politik. Beliau dibebaskan pada Mei 2002 tetapi ditahan sekali lagi pada Mei 2003.
Mac-April 2006: Tentera melancarkan serangan terbesar dalam tempoh 10 tahun bagi membanteras pemberontakan kaum etnik Karen.
Ogos-September 2007: Kenaikan mendadak harga minyak mengakibatkan tunjuk perasaan besar-besaran.
Sumber: Reuters, AP
News:
Red alert for Burma in KL « elizabeth wong berkata
[...] http://fiqsunny.wordpress.com/2007/09/28/demokrasikan-myanmar/ [...]
aminiskandar berkata
Ooi
Berapa banyak blog kau ada daaaaa?